KUALA LUMPUR - Malaysia mencapai kejayaan penting dalam kecekapan tenaga, yang telah diumumkan sebagai bahan api pertama peralihan tenaga, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (Petra) berkata, Malaysia mencapai 5.82 peratus penjimatan tenaga elektrik, bersamaan 8,769 Gigawatt jam (GWj) dengan nilai RM2.21 bilion setakat Jun 2024.