Lot premis dijadikan stor antara punca Arked Mara sepi

Iklan
Dr Asyraf Wajdi (kanan) berbual dengan salah seorang penyewa lot di Arked Mara di Pekan Changlun.

CHANGLUN - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan banyak lot-lot premis yang tidak beroperasi atau dijadikan stor menjadi punca Arked Mara di Pekan Changlun, di sini, kelihatan sepi, daif dan lesu.

Asyraf Wajdi berkata, selain itu, lot-lot premis berkenaan disewa hanya untuk kegunaan alamat oleh kontraktor bagi mendapatkan tender di kawasan berhampiran.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, lokasi Arked Mara adalah strategik apabila berada di laluan utama ke Bukit Kayu Hitam dan sempadan Thailand, namun banyak lot-lot premis didapati ditutup dan tidak berpenghuni.

"Saya amat kesal dengan sikap segelintir yang mengambil kesempatan atas sewaan premis Mara murah dengan tidak beroperasi sebagaimana yang dijanjikan dalam kontrak.

Iklan

"Mereka hakikatnya menafikan hak orang lain yang benar-benar mahu berniaga," katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.

Beliau membuat pendedahan itu selepas menerjah Arked MARA di Changlun, di sini setelah menerima mesej dari rakan-rakan di media sosial yang mengadu arked berkenaan didakwa lesu dan sepi, malah banyak premis ditutup.

Iklan

Sehubungan itu dalam hantaran sama, beliau meminta pengurusan ibu pejabat Mara dan Mara negeri untuk lebih tegas, proaktif dan segera ambil tindakan terhadap penyewa-penyewa yang culas, curang dan tidak bertanggungjawab.