404 peserta bersaing Acara Mencari Harta Karun SEKATARAKYAT

Iklan
Peserta -peserta media yang menyertai Acara Mencari Harta Karun SEKATARAKYAT.

KUALA LUMPUR - Seramai 404 peserta mengambil bahagian dalam Acara Mencari Harta Karun Jubli Emas Sekatarakyat Antara Koperasi 2024 anjuran Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad (SEKATARAKYAT) baru-baru ini.

Program tahunan ini dirasmikan oleh Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak di Menara Kembar Bank Rakyat yang menyaksikan penyertaan membabitkan 101 kereta.

Iklan
Iklan

Bertemakan Emas, program itu merupakan inisiatif SEKATARAKYAT bagi mengukuhkan hubungan dengan anggota koperasi-koperasi seluruh Malaysia, rakan niaga mereka dan rakan media.

Peserta dilepaskan bermula dari Menara Kembar Bank Rakyat dan berakhir di Sekata Makmur, Ringlet, Cameron Highlands.

Peserta dilepaskan di Menara Kembar Bank Rakyat dan berakhir di Sekata Makmur, Ringlet, Cameron Highlands.

Iklan

Pertandingan kali ini menyaksikan pasukan daripada Geng 30 memenangi acara terbuka sementara pasukan daripada Utusan Malaysia memenangi kategori media.

Program kali ini turut mendapat tajaan daripada beberapa syarikat tempatan dan rakan niaga termasuk PTT Synergy Group Berhad, Bank Rakyat, Rakyat Management Services Sdn Bhd, Tetuan Shafik Sallehuddin & Kamal, Best Deluxe Sdn Bhd, Bank Islam, Bank Muamalat, Tetuan Frances, Hazlina & Partners, Affin Islamic Bank Berhad dan Takaful Ikhlas Family Sdn Bhd.

Iklan