Buaya baham biawak di Sungai Melaka

Iklan
Seekor buaya mengekori biawak sebelum membaham reptilia itu.

MELAKA - Tular satu video mengenai seekor buaya yang kelaparan membaham biawak di Sungai Melaka berhampiran Kampung Morten di sini, pada pagi Selasa.

Video berdurasi satu minit itu dipercayai dirakam penduduk kira-kira jam 9 pagi.

Iklan
Iklan

Penduduk Kampung Morten, Mohd Daud Mohd, 56, berkata, ketika kejadian dia berada di tepi sungai berkenaan dan terkejut melihat reptilia itu yang dianggarkan sepanjang tiga meter.

Menurutnya, ekoran kejadian itu, dia turut melahirkan kebimbangan dan meminta pihak berwajib mengambil tindakan segera.

Kakitangan Perhilitan Melaka membuat tinjauan di Sungai Melaka.

Iklan

"Pertama kali saya menyaksikan buaya di sungai ini menyerang dan membaham biawak dengan begitu ganas.

"Saya bimbang jika ia menyerang manusia pula yang kemungkinan disebabkan sumber makanannya semakin terhad," katanya.

Iklan

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Morten, Jalina Mahmod berkata, beliau juga bimbang sekiranya buaya itu naik ke darat terutama di kawasan pejalan kaki di hadapan sebuah pusat beli belah di tepi sungai berkenaan yang agak rendah dan menjadi habitatnya kerana dilitupi pokok bakau.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka, Petra Sulai ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan dan pemantauan segera di lokasi berkenaan.