GISBH: Reman tiga individu termasuk pegawai kewangan dilanjutkan

Iklan
Mahkamah Majistret di Shah Alam pada Selasa membenarkan lanjutan reman selama satu dan dua hari terhadap tiga individu termasuk seorang pegawai kewangan GISBH. Foto Bernama

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Mahkamah Majistret di sini pada Selasa membenarkan lanjutan reman selama satu dan dua hari terhadap tiga individu termasuk seorang pegawai kewangan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Majistret Mohamed Redza Azhar Reza membenarkan reman dilanjutkan terhadap kesemua individu berusia antara 40 hingga 50 tahun itu terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita selepas tempoh reman mereka yang bermula 1 Oktober lepas tamat hari ini.

Iklan
Iklan

Peguam Rosli Kamarudin yang mewakili kesemua individu berkenaan berkata seorang wanita direman dua hari manakala selebihnya sehari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(a) Akta Kanak-kanak 2001.

"Peguam itu yang merupakan seorang daripada peguam pemerhati sebelum ini ditahan reman polis selama tujuh hari di Changlun, Kedah dan hari ini dia dibebaskan," katanya.

Iklan

Polis melancarkan Op Global awal September lepas dan telah menyerbu rumah amal di seluruh Semenanjung yang dikaitkan dengan GISBH kerana disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.

Hasil serbuan seramai 572 mangsa berjaya diselamatkan dan 359 pengikut GISBH termasuk pengurusan tertinggi syarikat tersebut ditahan. - Bernama

Iklan