Perniagaan tempatan di Malaysia semakin mengukuhkan kedudukan mereka dalam dunia e-dagang, memanfaatkan platform seperti Shopee untuk berkembang.
Menurut tinjauan terbaru Shopee, *Sayangi Malaysia, Jom Rai Lokal, 98 peratus rakyat Malaysia percaya bahawa membeli produk tempatan mampu meningkatkan ekonomi komuniti yang kurang berkemampuan. Manakala lebih 80 peratus rakyat memilih produk tempatan untuk menyokong ekonomi komuniti, memelihara alam sekitar dan mengekalkan warisan budaya.
Salah satu jenama tempatan yang cemerlang adalah Petals Malaysia, yang mengadaptasi teknologi e-dagang untuk memperluaskan capaian mereka. Inisiatif Shopee Rai Lokal meraikan kejayaan jenama ini dan usahawan tempatan lain yang berjaya menembusi pasaran digital, termasuk menggunakan pelbagai alat seperti kedai dalam talian, strim langsung dan video.
Pengasas Petals Malaysia, Khairul Azman menyatakan bahawa perniagaannya mula berkembang pesat setelah memanfaatkan pelbagai alat pemasaran di Shopee.
Produk ikonik Petals Malaysia, Hair Colour Shampoo yang mampu mengubah rambut beruban dalam 15 minit, kini mendapat sambutan hangat di Shopee.
Menurut Khairul, pengguna Malaysia semakin mencari produk yang tidak hanya efektif tetapi juga selaras dengan nilai tempatan seperti kelestarian dan mesra wuduk.
"Perjalanan kami bukan sekadar menjual produk. Dengan Shopee, kami dapat berkongsi kisah kami – sebuah jenama tempatan yang menggunakan bahan-bahan sumber tempatan dengan keberkesanan 100 peratus," kata Khairul.
Memanfaatkan Shopee Live dan Video Shopee untuk berhubung dengan pelanggan
Petals Malaysia turut menggunakan Shopee Live untuk berinteraksi dengan pelanggan secara langsung. Melalui strim langsung, mereka menunjukkan cara produk mereka berfungsi secara real-time, menjadikan sesi itu interaktif dan menarik minat pelanggan dari pelbagai peringkat umur. Sesi strim langsung ini juga memberi peluang kepada Petals Malaysia untuk menawarkan promosi eksklusif dan tawaran kilat yang memikat hati pembeli, terutamanya Gen Z.
Selain itu, video-video yang dihasilkan oleh Petals Malaysia di Shopee menonjolkan testimoni pelanggan, transformasi ‘sebelum dan selepas’ penggunaan produk, serta pendekatan kelestarian yang diamalkan.
Khairul menambah, penglibatan Petals Malaysia dengan Gen Z semakin meningkat kerana mereka menghargai interaksi secara langsung dan keaslian produk.
Shopee Affiliate dan strategi pemasaran pelbagai aspek
Program Shopee Affiliate turut memainkan peranan penting dalam kejayaan Petals Malaysia, dengan 4 daripada 10 pesanan mereka datang melalui program ini. Kerjasama dengan pempengaruh kecantikan turut membantu jenama ini mencapai lebih banyak pelanggan yang berminat dengan kecantikan dan kelestarian.
Strategi menyeluruh ini telah meningkatkan pendapatan tahunan Petals Malaysia sebanyak 48 peratus, membuktikan keberkesanan pendekatan pelbagai aspek mereka.
Shopee komited bantu PMKS
Menurut Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia, Tan Ming Kit, Petals Malaysia adalah contoh terbaik bagaimana jenama tempatan dapat berkembang di Shopee.
"Kami komited untuk membantu perniagaan tempatan melalui platform kami yang menawarkan pelbagai sumber untuk memacu kejayaan, termasuk Shopee University yang menyediakan kursus dalam talian secara percuma," jelas Tan.
Tan turut mengajak pengguna untuk memuat turun aplikasi Shopee dan teroka web mikro ‘Shopee Rai Lokal' di mana pengguna boleh menemui pelbagai produk tempatan hebat seperti Petals Malaysia yang mencerminkan warisan budaya negara dan kraf usahawan tempatan.
Setiap produk mempunyai kisah tersendiri, mempamerkan bakat unik dan dedikasi pencipta dan perniagaan Malaysia. Dengan memilih untuk membeli lokal, anda bukan sahaja membeli produk; anda menyokong sebuah visi dan memperkasakan komuniti tempatan." akhiri Tan.
Dengan sokongan Shopee, perniagaan tempatan seperti Petals Malaysia terus berkembang maju, membuktikan bahawa e-dagang kini menjadi kunci kejayaan bagi PMKS tempatan.
* Kajian"Sayangi Malaysia, Jom Rai Lokal 2024” dijalankan oleh Shopee Malaysia dengan data platform sehingga 31 Julai 2024.