28 mangsa banjir di Baling diselamatkan bomba
Iklan
Limpahan air sungai sehingga mencecah kira-kira satu meter menyebabkan enam buah rumah di Kampung Banggol Deram, Baling, Kedah dinaiki air. FOTO JBPM
BALING - Seramai 28 mangsa dari enam buah keluarga di Kampung Banggol Deram di sini dipindahkan ke tempat selamat berikutan rumah mereka dinaiki air susulan limpahan sungai pada Selasa.
Kesemua mereka dibawa keluar menggunakan bot dan dipindahkan ke Surau Banggol Deram setelah paras air mencecah kira-kira satu meter.
Iklan
Iklan
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 8.43 pagi berhubung kejadian.
Menurutnya, sebaik sahaja tiba ke lokasi mendapati berlaku limpahan membabitkan enam buah rumah penduduk yang terletak tepi sungai.
Iklan
Anggota bomba melakukan kerja-kerja menyelamat mangsa yang terjejas banjir di Kampung Banggol Deram, Baling, Kedah. FOTO JBPM
"Tindakan pasukan ialah melakukan kerja-kerja menyelamat menggunakan bot untuk memindahkan mangsa ke Surau Kampung Banggol Deram.
"Seterusnya, perpindahan mangsa dilakukan membabitkan tujuh lelaki dewasa, 10 wanita dewasa dan 11 kanak-kanak lelaki dan perempuan," katanya.
Iklan
Jelas beliau, pasukan bomba turut membuat pemantauan bagi memastikan keadaan selamat sepenuhnya.
Operasi tamat pada jam 1.17 petang.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam" /><meta itemprop="description" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam
#SinarHarian #BeritaSemasa #selamatkanmangsabotkaram #pulaujarak" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-11-22T08:05:36.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/XPHuy1dG3kjhIe-Uc/x180" /><meta itemprop="duration" content="P113S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x99kmyk" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x99kmyk"></script>