Skuad wanita Kelantan FA mahu dikenali di peringkat kebangsaan

Iklan
Pasukan bola sepak wanita Kelantan FA pada sesi pengenalan dan Majlis Ramah Mesra Dr Hafidzah Bersama Pasukan Bola Sepak Wanita Kelantan FA pada Ahad. Gambar kecil: Mohd Adnan

PASUKAN bola sepak wanita Kelantan FA mahu meneruskan semangat mereka untuk beraksi di peringkat kebangsaan walaupun kekurangan tajaan dan kewangan.

Ketua jurulatihnya, Mohd Adnan Abd Rahman berkata, mereka memerlukan kira-kira RM250,000 setahun untuk bersaing dengan pasukan bola sepak wanita lain yang hebat termasuk Sabah dan Selangor.

Iklan
Iklan

"Kami memang meraih keprihatinan masyarakat dan syarikat korporat bagi membolehkan pasukan bola sepak wanita Kelantan dikenali di peringkat kebangsaan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Bagaimanapun, buat masa ini latihan diutamakan untuk melihat pasukan Kelantan menyertai Sukan Malaysia (Sukma 2026) di Bukit Jalil dan beraksi di tempat sendiri pada 2028.

Iklan
Antara pemain bola sepak wanita Kelantan FA yang bakal berentap dalam Liga Super Wanita Kuala Lumpur 2024 (KLWSL) pada 19 Oktober ini.

Justeru, Mohd Adnan turut mengharapkan ketangkasan pemain sedia ada serta berpengalaman seperti Nor Farhana Suhaimi yang pernah menyertai Piala AFF bawah 20 tahun.

"Mereka semua bukan dari sekolah sukan tetapi hanya ingin bermain bola sepak dan mencari jurulatih.

Iklan

"Pasukan kita mungkin ketinggalan dari segi teknik berbanding pasukan handal seperti Sabah, Selangor dan Negeri Sembilan tetapi berkemampuan untuk menyamai pasukan itu," katanya.

Dalam pada itu, pasukan wanita Kelantan FA kini sedang mengumpul kekuatan untuk berentap dalam Liga Super Wanita Kuala Lumpur 2024 (KLWSL) pada 19 Oktober ini.

Jelas beliau, tumpuan dalam tempoh dua minggu ini ialah meningkatkan stamina dan teknikal serta memastikan motivasi yang baik.

"Kita sudah bersedia sejak Julai dengan latihan mencukupi dan hanya rehat dua hari seminggu. Saya rasa persediaan amat baik setakat ini kerana tiada pemain yang cedera," katanya.