Program Melabuhkan 'Myunjam'

Iklan
Para nelayan MY Komuniti Perikanan (MYKP) Bagan Pinang berganding bahu menenggelamkan unjam di kawasan yang telah ditetapkan sempena Program Melabuhkan 'Myunjam' anjuran Jabatan Perikanan Malaysia dan Syarikat Hengyuan Refining Company Berhad (HRC) di perairan Bagan Pinang, hari ini.

Sebanyak 58 unjam jenis 'culvert' dan pelepah kelapa ditenggelamkan untuk memperkukuh aktiviti perikanan pantai dan meningkatkan sumber ikan bagi nelayan tempatan, serta memelihara ekosistem marin.