Ketegangan antara Rusia, NATO tidak mungkin mereda - Grushko

Iklan
Alexander Grushko - Foto: Reuters
MOSCOW - Ketegangan antara Moscow dan NATO tidak mungkin dapat diredakan apabila perikatan itu"sedang bersiap sedia untuk konfrontasi" dengan Rusia melalui peningkatan ketenteraan, menurut Timbalan Menteri Luar Rusia, Alexander Grushko kepada Sputnik.

"Bagaimana kita boleh bercakap tentang meredakan ketegangan apabila dokumen strategik NATO menetapkan Rusia sebagai 'ancaman paling ketara dan langsung kepada keselamatan negara anggota perikatan itu' dan melalui peningkatan ketenteraan, NATO sedang bersedia untuk konfrontasi dengan negara kita?" kata Grushko dalam satu temu bual.

Moscow selama bertahun-tahun membantah pengembangan dan peningkatan ketenteraan NATO yang berterusan berhampiran sempadan Rusia.

Dalam temu bual dengan wartawan Amerika Syarikat (AS), Tucker Carlson pada Februari, Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata Moscow tidak mempunyai niat untuk menyerang mana-mana negara NATO.

Putin menambah bahawa negara-negara NATO cuba menakut-nakutkan penduduk mereka sendiri dengan ancaman khayalan Rusia. - Bernama