Banjir termenung

Iklan
Pasangan suami isteri, Zaini Na'am, 76, dan isterinya Halimah Mat Som, 71, duduk di tangga halaman rumah mereka di Kampung Beriah, Bagan Serai yang digenangi banjir termenung ketika tinjauan hari ini.

Zaini menyatakan mereka sudah lali dengan kejadian banjir yang melanda kampung mereka sejak bermastautin di situ sejak 40 tahun yang lalu.

Menurut mereka, kejadian banjir akan melanda kampung itu dengan kekerapan dua kali setahun dan mereka sekeluarga sudah bersedia setiap kali peralihan monsun berlaku.