Netizen pertikai keperluan lancar lagu duet Fattah, Fazura

Iklan
Perkongsian yang dibuat menerusi Hits Records menerima pelbagai reaksi daripada warga maya.

MESKIPUN ikatan perkahwinan antara Fattah Amin dan Nur Fazura sudah berakhir Isnin lalu, ia tidak menghalang sebuah label rakaman Indonesia, Hits Records untuk melancarkan lagu duet mereka, 'Bertahan Demi Cinta'.

Difahamkan lagu ciptaan Ippo Hafiz itu dirakamkan ketika masih berstatus suami isteri.

Iklan
Iklan

Menerusi perkongsian Hit Records di Instagram milik mereka, single duet itu boleh didengar di semua pelantar digital bermula 10 Oktober ini.

Dalam perkongsian yang sama, label tersebut turut berkongsi sedikit ‘teaser’ lagu berkenaan.

Iklan

Bagaimanapun menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat lagu berkenaan tidak lagi sesuai dilancarkan, sementelah pasangan tersebut baru sahaja berpisah semalam.

"Umum pula hari ini, memang tidak kena (sesuai) langsung," tulis seorang warga maya.

Iklan

Namun tidak kurang juga yang berharap lagu tersebut sedikit sebanyak 'memujuk' Fattah dan Fazura untuk berbaik dan kembali bersama.

"Semoga ada kembali jodoh Fattah dan Fazura, amin," komen seorang lagi peminat.

Terdahulu, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu dan lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45 pagi Isnin.

Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.