UiTM bakal menjadi universiti terkemuka dunia menjelang 2025

Iklan
Syed Zainal (tengah) dan Mohd Azraai (kiri) ditemui selepas melancarkan Pelan Strategik UiTM 2025 di Dewan Agung Tuanku Canselor di UiTM Shah hari ini.

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini melancarkan sebuah pelan strategik dengan tujuan utama bagi menjadikan UiTM sebagai sebuah universiti terkemuka dunia menjelang 2025.

Pelan strategik tersebut dilancarkan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir pada Majis Pelancaran Pelan Strategik UiTM 2025 di UITM Shah Alam di sini.

Iklan
Iklan

Tiga teras strategik digariskan pihak universiti berkenaan dalam pelan tersebut sebagai tunggak utama iaitu pendidikan berkualiti, kecemerlangan global dan prestasi berasaskan nilai.

Sebelum itu, misi, visi dan objektif serta falsafah ringkas dan terperinci mengenainya diumumkan Naib Canselornya, Prof Emeritus Datuk Dr Ir Mohd Azraai Kassim dan disiarkan secara langsung ke-26 kampus seluruh negara.

Iklan

Mohd Azraai dalam ucapannya menjelaskan bahawa untuk mencapai teras pendidikan berkualiti, warga perlu mendukung tiga tema utama iaitu Pendidikan 5.0 UiTM, graduan holistik dan berteraskan keusahawanan serta aksesibiliti yang lebih meluas.

"Bagi teras kecemerlangan global pula, warga (universiti) perlu komited untuk menjalankan, penyelidikan translasional, pembangunan, inovasi dan pengkomersialan serta kerjasama pintar dengan industri, komuniti dan alumni.

Iklan

"Akhir sekali untuk teras ketiga iaitu prestasikan berasaskan nilai warga UiTM perlu mencapai kecemerlangan bakat, tadbir urus yang tangkas, kampus pintar dan kewangan yang lestari," katanya.

Beliau berkata, UiTM kini mempunyai lebih daripada 180,000 pelajar itu yakin hala tuju dan teras diumumkan itu dapat direalisasikan sekiranya kesemua 17,346 warga pendidik dan pentadbir sama- sama menjiwai serta berusaha untuk mencapai 121 petunjuk prestasi.

Menurutnya, petunjuk prestasi itu dikenal pasti meliputi semua bidang antaranya termasuklah bidang akademik, hal ehwal pelajar, pembangunan fasiliti, kewangan dan tadbir urus.

Sementara itu, Syed Zainal semasa melancarkan Pelan Strategik UiTM 2025 itu mengingatkan warga universiti mengenai falsafah penubuhan UiTM dalam melahirkan graduan profesional yang akan mampu membangun, memajukan pengetahuan diri, masyarakat dan negara.

Beliau turut menyentuh bahawa UiTM mempunyai peranan yang sangat penting dalam memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 diisytiharkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad Oktober tahun lalu akan menjadi kenyataan.