GISBH: Jumlah kanak-kanak diselamatkan kini 662 orang

Iklan
Jumlah kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal yang dikaitkan dengan GISBH melalui beberapa operasi pihak berkuasa kini berjumlah 662 orang - Gambar file, gambar kecil: Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA - Jumlah kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) melalui beberapa operasi pihak berkuasa kini berjumlah 662 orang, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, kesemua mereka juga kini telah mendapat perintah mahkamah untuk perlindungan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang hari ini.

"..kita tidak bincang perkara lain seperti isu fatwa di peringkat negeri, sama ada ajaran dibawa kumpulan ini sesat atau tidak. Boleh rujuk kepada fatwa daripada mufti,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada isu berkaitan GISBH Holdings Sdn Bhd dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

Polis melancarkan Op Global awal September lepas dan telah menyerbu rumah amal di seluruh Semenanjung yang dikaitkan dengan GISBH kerana disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.

Iklan

Seramai 359 pengikut GISBH turut ditahan dalam Op berkenaan, termasuk pengurusan tertinggi syarikat itu, dan Perlis, Selangor serta Pahang mengisytiharkan amalan dan kepercayaan GISBH yang dikaitkan dengan kegiatan eksploitasi kanak-kanak dan dakwaan doktrin ketaasuban agama itu sebagai menyeleweng dan sesat. - Bernama