Cuti hujung minggu Johor: Agensi pusat, negeri kerjasama atasi isu berbangkit

Iklan
Laporan Sinar Harian.

PUTRAJAYA - Agensi kerajaan Pusat dan negeri akan bekerjasama dalam melaksanakan beberapa tindakan bagi mengatasi sebarang isu berbangkit, susulan penyelarasan semula cuti hujung minggu di Johor kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari 2025.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, tindakan itu antaranya berkaitan aspek pentadbiran, agar tiada sebarang isu timbul terutamanya dari segi perkhidmatan agensi Persekutuan di negeri berkenaan.

Iklan
Iklan

"Daripada segi penyelarasan di peringkat pusat dan negeri serta pentadbiran, memang akan diuruskan supaya tidak berlaku apa-apa isu perkhidmatan, terutama agensi-agensi Persekutuan,” katanya pada sidang media mingguan pasca-Mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata demikian ketika ditanya sama ada mesyuarat Kabinet membincangkan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkait penyelarasan cuti hujung minggu di negeri berkenaan.

Iklan

Semalam baginda bertitah penyelarasan semula cuti hujung minggu itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan pandangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAlNJ).

Pada 1 Januari 2014, pertukaran cuti hujung minggu negeri Johor kepada Jumaat dan Sabtu dikuatkuasakan selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim.

Iklan

Dalam perkembangan lain, beliau memberi peringatan agar pengamal media lebih peka terhadap pemilihan tajuk berita, agar ia bersesuaian dengan kandungan yang dilaporkan.

"Ini teguran, saya baca dalam media sosial mengenai perbezaan antara headline, click bait (tapi) kandungan lain, saya harap rakan media boleh adakan perbincangan mengenai kewajaran dan kesesuaian mengenai pilihan headline,” katanya. - Bernama