Doktor disyaki mangsa terbaru kumpulan penculik Abu Sayyaf

Iklan
Militan Abu Sayyaf -Foto Reuters

MANILA - Kumpulan militan Abu Sayyaf disyaki menculik seorang doktor Filipina di Jolo, Wilayah Selatan Filipina, kata jurucakap tentera.

Sekurang-kurangnya empat lelaki bersenjata telah menculik Dr Daniel Moreno kira-kira jam 7 malam Selasa lalu di dalam kliniknya di sebuah kampung di bandar Jolo.

Iklan
Iklan

Menurut Komander Angkatan Tentera Barat Filipina (Wesmincom), Leftenan Jeneral Cirilito Sobejana, berkemungkinan pihak yang bertanggungjawab adalah kumpulan Abu Sayyaf.

"Selepas menerima maklumat, kami telah melancarkan operasi menyelamatkan tebusan.

Iklan

"Unit khas kami bersedia menjalankan operasi sebaik lokasi tebusan ditahan berjaya dikesan," katanya.

Bagaimanapun setakat ini tiada mana-mana kumpulan mendakwa bertanggungjawab ke atas penculikan itu atau meminta wang tebusan.

Iklan

Terdapat kemungkinan kumpulan Abu Sayyaf menculik doktor itu bagi membolehkan dia merawat anggota kumpulan pemberontak tersebut yang cedera ketika mereka bertempur dengan pasukan tentera pada bulan lalu.