Banjir kilat di utara Bangladesh jejas ratusan ribu penduduk, enam maut

Iklan
Orang ramai mengharungi banjir di Mymensingh, Bangladesh - Foto: Xinhua

DHAKA - Sekurang-kurangnya enam orang maut dan ratusan ribu penduduk terkandas akibat banjir kilat selama beberapa hari yang berpunca daripada hujan lebat di wilayah Mymensingh, utara Bangladesh dengan ribuan rumah masih ditenggelami air.

Menurut Pusat Penyelarasan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRCC) di bawah Kementerian Pengurusan dan Bantuan Bencana banjir teruk telah melanda kawasan rendah di tiga daerah iaitu Mymensingh, Sherpur dan Netrakona, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Pusat itu dalam kemas kini terbaharunya memaklumkan bahawa enam orang, termasuk empat lelaki dan dua wanita maut akibat banjir setakat Isnin.

Ketika banjir di daerah Sherpur yang teruk terjejas semakin pulih, situasi bencana di beberapa bahagian di Netrakona dan Mymensingh bertambah buruk apabila banjir bergerak ke hilir, memusnahkan benteng perlindungan sungai.

Iklan
Iklan

Lebih 250,000 orang telah terjejas akibat banjir kilat yang bermula pada 4 Oktober selepas hujan sangat lebat melanda Bangladesh dan kawasan bersempadan dengan timur laut India. - Bernama