Enam gerai warga Indonesia diroboh DBKL

Iklan
Struktur terlibat dengan perobohan semalam.

KUALA LUMPUR - Enam gerai diusahakan peniaga Indonesia di Jalan Palong, Taman Miharja dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam 'Operasi Tegas', semalam.

Menurut Unit Media DBKL, bekalan elektrik di 13 premis di kawasan sama turut dipotong oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam operasi sama.

Iklan
Iklan

Menurutnya, notis penguatkuasaan telah diedarkan sebelum tindakan di ambil di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1960 dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

"Kesemua tindakan adalah mengikut peruntukan undang-undang dan prosedur operasi standard yang dikuatkuasakan DBKL serta agensi terlibat.

Iklan
Iklan

" Operasi khas yang turut melibatkan kerjasama polis, TNB, Air Selangor ini akan diteruskan dari semasa ke semasa," katanya.