Mendapan tanah kejutkan jemaah masjid

Iklan
Mendapan tanah yang berlaku di bekas tapak telaga di Masjid As-Solihin, Kampung Bawah Bukit Chuping di sini

PADANG BESAR - Jemaah Masjid As-Solihin di Kampung Bawah Bukit, Chuping terkejut apabila berlaku mendapan tanah di bekas tapak telaga masjid itu yang menyebabkan sebuah motosikal hampir tertimbus dalam lubang berkenaan.

Timbalan Pengerusi Masjid As-Solihin, Wan Kharizal Wan Khazim berkata, kejadian disedari oleh jemaah kira-kira jam 1.30 tengah hari selepas menunaikan solat Zuhur.

Iklan
Iklan

Katanya, ketika itu air keluar sedikit demi sedikit dari kawasan mendapan sehingga membanjiri keseluruhan lubang yang terbentuk.

"Melihat kejadian itu, jemaah masjid segera keluarkan motosikal dari lubang mendap berkenaan," katanya.

Iklan

Menurut Wan Kharizal, kawasan berlaku mendapan itu adalah bekas tapak telaga yang pernah wujud di kawasan itu hampir 30 tahun lalu.

"Difahamkan, apabila kerja naik taraf dijalankan, telaga itu hanya disimen dan tidak dikambus menyebabkan ada lubang hampir sedalam lima meter," jelasnya.

Iklan

Katanya, pihak masjid telah melaporkan kejadian terbabit kepada beberapa pihak berkaitan untuk tindakan lanjut bagi menjamin keselamatan jemaah.

"Kita telah buat laporan kepada polis, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

"Atas jaminan daripada pihak JKR dan JMG kita masih meneruskan operasi masjid kerana mendapan tanah yang berlaku tidak serius.

"Kejadian ini bukanlah tanah jerlus seperti yang digambarkan ramai pihak selepas tular di media sosial," katanya.