Hampir terkena tembakan rambang, isteri ketakutan hingga koma

Iklan
Mohammad

SHAH ALAM - Seorang rakyat Gaza yang tinggal di Malaysia berkongsi detik cemas apabila isterinya hampir menjadi mangsa tembakan rambang oleh tentera Israel dalam kejadian November tahun lalu.

Dr Mohammad Al Aqad berkata, pada ketika itu dia bersama isteri dan anak-anak pulang ke Palestin untuk menziarahi keluarganya selepas 13 tahun tidak bertemu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sewaktu pulang ke negara berkenaan tiada penutupan sempadan Gaza kerana peperangan belum berlaku pada ketika itu.

"Bagaimanapun, menjelang 7 Oktober 2023 semuanya berubah. Israel mula melancarkan perang. Banyak kawasan, bangunan musnah dalam tempoh 24 jam.

Iklan
Mohamad (tengah) dan Lama (kanan) dalam program 'The Palestinian Diaries: A Day of Culture, Stories and Solidarity' anjuran Sinar Daily di Kompleks Kumpulan Karangkraf.

"Dalam usaha menyelamatkan diri, saya bersama keluarga sering berpindah-randah (setiap dua ke tiga hari) dengan membina khemah sendiri.

"Pada hari kejadian, ketika berada dalam khemah berhampiran Al-Mawasi, isteri saya yang berada di ruangan dapur hampir terkena tembakan rambang di bahagian bahu," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam program 'The Palestinian Diaries: A Day of Culture, Stories and Solidarity' anjuran Sinar Daily di Kompleks Kumpulan Karangkraf, pada Selasa.

Kejadian itu mengakibatkan isterinya menggigil ketakutan sehingga pengsan sebelum koma.

Lama

Tambah Mohammad, isterinya mengalami trauma yang berpanjangan dan tidak mampu menyusukan anak yang terpaksa bergantung kepada susu formula sehingga keluar dari Gaza.

Sementara itu, isterinya, Lama Alaggad berkata, sewaktu terkandas di Gaza, dia terpaksa minum air kotor untuk meneruskan kelangsungan hidup.

"Saya pernah tidak makan selama dua hari kerana bekalan makanan terputus selain tidak mandi selama 14 hari.

"Bukan itu sahaja, saya juga terpaksa mengemis dan meminta baju sejuk daripada orang ramai kerana musim sejuk sudah tiba,” ujarnya.