Golden Hill Cameron Highlands antara terjejas banjir, tanah runtuh

Iklan
Banjir kilat berlaku di Jalan Golden Hills 2, Brinchang, Cameron Highlands pada petang Isnin. Foto Angkatan Pertahanan Awam Pahang.

CAMERON HIGHLAND - Kampung Sungai Ruil dan Golden Hill, Brinchang, Cameron Highlands antara kawasan terjejas kejadian tanah runtuh dan banjir kilat pada petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintenden Azri Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira jam 5.35 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan tujuh rumah, termasuk dua rumah inap desa dimasuki air dan lumpur.

"Seramai 43 penduduk daripada lapan keluarga yang rumah mereka berisiko terjejas telah dipindahkan ke PPS (pusat pemindahan sementara) di Pejabat JAKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli) sebagai langkah keselamatan.

Iklan

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Keadaan Jalan Golden Hills 2, Brinchang, Cameron Highlands pada petang Isnin. Foto Angkatan Pertahanan Awam Pahang.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut.

Iklan

"Jika sekiranya mempunyai sebarang maklumat, boleh menghubungi Bilik Gerakan (DCC) ditalian 05-4915999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran," katanya.

Sementara itu, JAKOA dalam satu kenyataan memaklumkan 31 mangsa di Kampung Sungai Ruil dipindahkan ke PPS di Pusat Komuniti Sungai Ruil.

Menerusi kenyataan JAKOA, sebanyak 11 unit premis kediaman terjejas dalam kejadian banjir dan sebuah lagi rumah rosak akibat tanah runtuh.

”Pasukan keselamatan seperti Angkatan Pertahanan Awam (APM), PDRM Dan anggota BOMBA telah berjaya mengawal keadaan serta tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan semua penduduk yang dipindahkan berada dalam keadaan selamat.

”Pihak JAKOA turut memberi bantuan bakul makanan kepada 12 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terbabit,” katanya

Difahamkan bencana berkenaan terjadi susulan hujan lebat berterusan dan air yang deras telah menutupi jalan keluar dari kawasan kampung tersebut.

Kenyataan itu memaklumkan, pihak JAKOA turut memberi bantuan bakul makanan kepada 12 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terbabit, selain memantau keadaan setempat.

"Perbincangan bersama agensi-agensi terlibat termasuk pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk pemindahan sementara bagi 12 rumah lagi yang berdekatan dengan kawasan runtuhan sebagai langkah keselamatan," katanya.