Polis rekod keterangan Isham Jalil

Iklan
Isham Jalil

PUTRAJAYA - Polis mengesahkan telah merekod keterangan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini pada Selasa.

Ini berhubung kenyataan Isham yang menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman syarikat media antarabangsa, Bloomberg mengenai dakwaan campur tangan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, Isham hadir pada jam 3 petang.

"Keterangannya direkodkan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah untuk siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Isham dalam kenyataan Facebooknya berkata, kenyataan Bloomberg tersebut boleh menggambarkan bahawa usaha Anwar untuk memerangi rasuah hanyalah retorik semata-mata dan juga membuka gambaran bahawa beliau cakap tidak serupa bikin.

Isham turut memaklumkan jika kenyataan Bloomberg itu tidak benar ia adalah fitnah yang berat.

Iklan

Sebelum ini, Isham mencadangkan tindakan saman terhadap Bloomberg kerana menyiarkan laporan yang menyatakan Anwar meminta SPRM untuk tidak siasat bekas setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berhubung kes beli saham bernilai jutaan ringgit.