[VIDEO] Air berwarna merah seakan darah di Turki

Iklan
Air berwarna merah yang mengalir di Turki selepas dilanda gempa bumi berukuran 6.8 magnitud pada bulan lalu.

TURKI – Air berwarna merah seakan darah yang mengalir di sebuah kawasan di Turki selepas dilanda gempa bumi berukuran 6.8 magnitud pada bulan lalu menimbulkan persoalan dalam kalangan warga maya.

Fenomena aneh itu dirakamkan oleh seorang individu yang memaparkan kawasan itu dipenuhi air yang berwarna merah dan video tersebut kini tular di media sosial yang menimbulkan pelbagai spekulasi, lapor Daily Star yang memetik sumber.

Iklan
Iklan

"Warnanya seperti darah, takut dan berdebar saya bila benda ini muncul selepas Turki dilanda gempa bumi. Adakah ini petunjuk daripada Tuhan bahawa akan ada berlaku sesuatu yang besar yang bakal menimpa manusia seluruh dunia,” tulis Oman Rahim.

Adam Islam pula memberitahu,"Ya ALLAH, adakah ini petunjuk yang ingin kau tunjukkan kepada kami akan berlaku bencana besar kepada kami. Sebelum ini gempa bumi dan ini kejadian sungai berdarah. Harap kita semua diberi perlindungan."

Iklan

Bagaimanapun punca sebenar air itu berwarna merah tidak dapat dipastikan namun menurut ulasan daripada Reddit memberitahu air tersebut merupakan pewarna yang dibekalkan ke dalam air bagi mengesan kebocoran yang berlaku.

Namun kenyataan tersebut dibangkang oleh pelbagai pihak disebabkan warna yang cerah seperti warna kuning atau hijau perlu digunakan bagi menyemak kebocoran dan bukanlah merah.

Iklan