AS 'belanja' Israel RM104 bilion

Iklan
Kem pelarian Bureij di tengah Genting Gaza yang menjadi tempat berlindung penduduk Palestin dibedil pada Selasa. Foto AFP

PROVIDENCE - [DIKEMAS KINI] Amerika Syarikat (AS) telah menyalurkan dana berjumlah lebih AS$22 bilion (RM104 bilion) untuk bantuan ketenteraan Israel bagi memburukkan lagi situasi di rantau Asia Barat sepanjang tahun lalu.

Laporan itu didedahkan Brown University’s Watson Institute for International and Public Affairs yang mendakwa Washington memberi bantuan berjumlah AS$17.9 bilion (RM84.67 bilion) sejak perang genosid ke atas Genting Gaza bermula pada 7 Oktober 2023.

Iklan
Iklan

Angka itu disifatkan sebagai jumlah tertinggi sejak Perang Arab-Israel 1973 yang disumbangkan kepada rejim Zionis untuk menyokong perbuatan jenayah mereka.

"Bantuan diberikan itu dalam bentuk dana, jualan senjata dan pemindahan bekalan senjata AS buat sekutu kuat mereka. Hasil wang pembayar cukai menjadi penyumbang besar kepada Israel," jelas laporan tersebut lagi.

Iklan

Menurutnya, angka tersebut mungkin kurang tepat memandangkan pentadbiran AS pastinya cuba menyembunyikan jumlah sebenar kerana enggan dituduh bersekongkol dengan kekejaman sekutunya.

"Jumlah AS$17.9 bilion (RM84.67 bilion) dalam bentuk bantuan keselamatan kepada Israel pada Oktober 2023 hingga September 2024 adalah sebahagian daripada nilai penuh sokongan Washington untuk perang genosid tersebut," ujarnya sambil menambah AS telah membelanjakan dana tambahan berjumlah AS$4.86 bilion (RM23 bilion) untuk membiayai operasi pro-Israel di rantau berkenaan termasuk menyasarkan Yemen.

Iklan

Sokongan tidak berbelah bahagi itu diberikan meskipun berdepan bantahan segelintir pihak di AS yang mengutuk pembunuhan beramai-ramai orang awam tidak berdosa berikutan konflik itu kini merebak ke Tebing Barat dan Lubnan.

"Campur tangan berterusan AS dengan menghantar bekalan senjata kepada Israel telah melibatkan kami dalam pembunuhan dan kebuluran paksa penduduk Palestin di Genting Gaza," menurut kenyataan bersama sejumlah pegawai di beberapa jabatan kerajaan pada Julai lalu. - Agensi

Info

Angka dalam dolar itu adalah hampir empat kali ganda berbanding bantuan diberikan kepada Tel Aviv ketika perang tercetus bersama Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di Lubnan pada 1980-an, pendudukan selama 15 tahun ke atas Beirut dan Perang Lubnan pada 2006.