SEREMBAN - Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah sekolah di sini terpaksa menahan sakit beberapa minit selepas kakinya tersepit penutup longkang pada Selasa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Ahmad Khomeini Kamarudzaman berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian jam 2.27 petang dan sampai ke lokasi 11 minit kemudian.
Iklan
Iklan
"Seramai tujuh anggota ditugaskan ke lokasi dan sebaik sampai, didapati kaki pelajar itu tersepit penutup longkang sehingga ke paras lutut.
"Anggota mengeluarkan kaki mangsa menggunakan peralatan khas dan mengambil masa kira-kira dua minit," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Menurutnya, pelajar berkenaan hanya mengalami kecederaan kecil dan diserahkan kepada pihak sekolah untuk tindakan lanjut.