ANKARA - Harga minyak mencatat sedikit penurunan pada Selasa apabila pelabur mengambil keuntungan berikutan kenaikan harga baru-baru ini yang didorong oleh kebimbangan mengenai gangguan bekalan akibat ketegangan yang meningkat di Timur Tengah, lapor Agensi Anadolu.
Penanda aras antarabangsa, Brent, susut dua peratus kepada AS$79.16 setong pada 10.39 pagi waktu tempatan (0739 GMT), berbanding penutupan AS$80.80 pada Isnin. Sementara itu, penanda aras Amerika Syarikat, West Texas Intermediate (WTI), turun 2.18 peratus kepada AS$75.14 setong, berbanding penutupan sesi sebelumnya pada AS$76.82.