Liga Negara-Negara: Cole Palmer jadi pemain pertahanan

Iklan
Cole Palmer mungkin diletakkan sebagai bek kiri apabila England bertemu Greece dalam aksi Liga Negara-Negara di Stadium Wembley pada awal pagi Jumaat ini. Foto Agensi

PENGENDALI interim England, Lee Carsley bersedia membuat eksperimen dengan meletakkan bintang Chelsea, Cole Palmer sebagai pemain pertahanan dalam perlawanan Liga Negara-Negara menentang Greece pada awal pagi Jumaat ini.

Carsley baru-baru ini telah mengumumkan senarai 25 pemain dengan tiada bek kiri berpengalaman disenaraikan untuk perlawanan menentang Greece.

Iklan
Iklan

England sebelum ini meletakkan Levi Colwill dan Rico Lewis yang bukan pemain bek kiri tulen mengisi posisi berkenaan dalam dua perlawanan menentang Ireland dan Finland.

Ketika ditanya adakah posisi bek kiri bakal diisi Tren Alexander-Arnold, Carsley dengan tenang mengesyorkan nama Palmer dan bintang Arsenal, Bukayo Saka.

Iklan

"Ada beberapa pilihan, Palmer boleh bermain di situ begitu juga dengan Saka,” katanya.

Saka sebelum ini memulakan kariernya di Arsenal sebagai bek kiri sebelum bertransisi ke sayap kanan.

Iklan

Namun, cadangan Carsley meletakkan Palmer di bek kiri mengejutkan peminat kerana pemain itu terbukti berbahaya sebagai pemain tengah dan sayap buat The Blues musim ini.