Pameran hartanah & keusahawan gegar Johor

Iklan
Wakil UDA menyampaikan informasi dan tawaran menarik kepada pengunjung yang hadir mengenai produk-produk hartanah UDA di seluruh negara.

SHAH ALAM- UDA Holdings Berhad (UDA) kini bersedia untuk menggegarkan Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru sempena Karnival UDA 2024 yang bakal bermula dari 11 hingga 13 Oktober depan.

Karnival UDA 2024 @ Lembah Klang yang berlangsung pada 27 hingga 29 September lalu di Lake Valley, Bandar Tun Hussein Onn menerima kehadiran lebih 206,000 menjadikannya salah satu acara paling meriah di lokasi tersebut tahun ini.

Iklan
Iklan

UDA dalam satu kenyataan berkata, UDA meneruskan momentum tersebut dengan menawarkan pelbagai aktiviti menarik di Johor Bahru iaitu fokus utama karnival tersebut adalah pameran hartanah dan gerai jualan usahawan.

"Sepanjang Karnival UDA 2024, UDA menyediakan promosi dan pakej istimewa buat pembeli hartanah UDA menerusi kempen Jimat Super Deals.

Iklan

"Kempen yang menawarkan pelbagai insentif termasuk pelan pemilikan mudah, yuran guaman percuma untuk surat cara perjanjian jual beli dan bayaran pendahuluan rendah menjadikannya peluang terbaik untuk komuniti setempat memiliki hartanah,” jelas kenyataan itu.

Ribuan kanak-kanak menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan di Karnival UDA 2024, bakal menjanjikan keseronokan buat mereka di Angsana Johor Bahru Mall.

Menurut kenyataan itu, sempena kempen tersebut, pembeli hartanah UDA yang layak turut berpeluang menyertai cabutan bertuah serta berpeluang memiliki sebuah kereta Proton S70.

Iklan

Menariknya, bagi memeriahkan lagi karnival pada tahun ini, UDA menyediakan zon khas untuk seisi keluarga antaranya Pavilion UDA, Ruang Rasa, Aura Wanita, Maskulin, Fiesta Bakat, Pa & Ma dan Jualan Pelbagai.

"UDA turut menampilkan kelainan bagi mewujudkan karnival yang mesra keluarga dan interaktif dengan berkolaborasi bersama Majlis Sukan Negara (MSN) yang mengelolakan Fiesta Bakat seperti Bola Jaring 3 on 3, Hoki 3 on 3 dan memanah serta pameran MSN dan MACE (Malaysian Athletes Career & Education).

"Menerusi penganjuran karnival ini, UDA berharap dapat terus menyatukan komuniti setempat khususnya di negeri Johor dengan menyediakan pelbagai rangkaian hartanah yang sesuai untuk semua generasi. Ia juga menggalakkan pemilikan hartanah dan mempergiat aktiviti keusahawanan setempat bagi melahirkan usahawan yang lebih berdaya saing,” kata kenyataan itu.

Selepas kejayaan Karnival UDA 2024 @ Lembah Klang yang berlangsung di salah satu wilayah perniagaan UDA iaitu Bandar Tun Hussein Onn, Karnival UDA 2024 @ Johor menjanjikan pengalaman yang lebih menarik dan menghiburkan buat pengunjung dari seluruh negeri.

Antara aktiviti untuk seisi keluarga dan khususnya buat anak-anak kecil, Didi & Friends bakal memeriahkan Karnival UDA 2024 @ Johor di Angsana Johor Bahru Mall.

INFO TAMBAHAN (PROGRAM DAN AKTIVITI DI KARNIVAL UDA 2024 @ JOHOR):

- Gerai jualan usahawan

- Pameran hartanah UDA

- Pameran rangkaian perniagaan UDA

- Pendaftaran vendor UDA

- Reruai agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)

- Reruai agensi tempatan dan rakan strategik

- Jualan MADANI oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

- Persembahan artis antaranya Haziq Rosebi dan HyperAct

- Program Jom Mewarna Bintang Kecil Bersama Didi & Friends

- Sukan rakyat kanak-kanak

- Himpunan Martial Art Si Cilik

- Zumba ‘Go Banghra Fitness’

- Hijabista Makeup Challenge

- Pertandingan karaoke

- Pertunjukan api