Kaji sistem saliran elak kekerapan dilanda banjir - Ahmad Maslan

Iklan
Keadaan banjir termenung di Kampung Parit Yassin Darat, Benut.

PONTIAN – Kajian segera mengenai sistem perparitan perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca berlakunya banjir sehingga menyebabkan penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, langkah itu perlu dilaksanakan bagi menangani masalah banjir yang kini melanda beberapa buah kampung di kawasan Benut.

Iklan
Iklan

"Kajian sistem saliran yang dimaksudkan ialah melihat sejauh mana sistem tersebut mampu mengalirkan air dengan cepat sewaktu hujan lebat berlaku.

"Pada masa yang sama, kita perlu melihat di mana aliran air tersebut tersangkut yang mengakibatkan terjadinya limpahan air ke rumah-rumah penduduk yang berhampiran dengan sungai dan tali air," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (Seri Anom, Sanglang, di sini, pada petang Selasa

Hadir sama, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Khairin-Nisa Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Hasrunizah Hassan.

Iklan

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, banjir di Benut berlaku pada Ahad lalu, namun namun mangsa-mangsa banjir belum dibenarkan pulang kerana kini berlaku banjir termenung.

Ahmad (dua kiri) bertanya khabar mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Seri Anom, Sanglang, Pontian.

Beliau menambah, kampung-kampung yang terlibat rata-ratanya terletak berhampiran dengan sungai seperti Sungai Sanglang dan Sungai Pinggan.

Justeru, beliau akan meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pontian menyediakan laporan pasca banjir selepas ini mengenai sistem saliran di kampung-kampung yang terjejas dengan banjir kali ini.

"Ini termasuk di Jalan Keliling, Kampung Parit Lancang Ayer Baloi dimana masih berlaku banjir di kawasan tersebut walaupun JPS baru sahaja selesai melakukan kerja-kerja penyelenggaran Sungai Sanglang.

"Begitu juga di Kampung Parit Yassin Darat yang turut mengalami banjir termenung apabila air banjir mengambil masa tiga hingga lima hari untuk surut sepenuhnya.

Banjir di Pontian dilaporkan melibatkan beberapa buah kampung seperti Kampung Parit Jawa, Kampung Parit Gantung, Kampung Parit Lancang, Parit Bujang, Kampung Sanglang dan Parit Maklumi.

Kampung-kampung lain yang terlibat termasuk Kampung Parit Yassin Darat, Parit Ramunia Darat, Parit Selangor Darat, Parit Bachok dan Kampung Sungai Pinggan.

Jumlah mangsa banjir di Pontian setakat jam 8 pagi pada Rabu, seramai 244 mangsa daripada 69 keluarga ditempatkan di tiga PPS iaitu di SK Seri Anom, SK Parit Markom dan Kompleks Muafakat Kampung Sungai Pinggan.