[VIDEO] Kerajaan pertimbang subsidi telur ayam ditamatkan - Mat Sabu

Iklan
Mohamad Sabu

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kerajaan mempertimbangkan untuk menamatkan subsidi telur ayam gred A, B dan C sekiranya bekalan kembali pulih dan stabil.

Berucap di perhimpunan bulanan, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, penjimatan sebanyak RM100 juta tersebut bakal dimanfaatkan untuk membangunkan sektor agromakanan lain, yang lebih mendesak.

Iklan
Iklan

"Justeru saya berpandangan, sudah tiba masanya kementerian ini mengkaji semula pemberian subsidi telur ayam bagi gred A, B dan C," katanya pada Rabu.

Menurutnya, cadangan penamatan subsidi telur ayam telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Iklan

"Cadangan ini telah dikemukakan untuk pertimbangan. Jika mendapat kelulusan semua, kita boleh tamatkan subsidi," jelas Mohamad.

Ujar beliau, langkah kerajaan menamatkan subsidi ayam pada 1 November tahun lalu menunjukkan kejayaan apabila harga dan bekalan ayam di pasaran terus stabil sehingga ke hari ini.

Iklan

"Kini, penternak ayam pula yang mengeluh kepada saya kerana harga ayam terlalu murah.

"Ketika tempoh awal saya di kementerian ini, negara pada waktu itu berhadapan dengan kekurangan ayam dan telur ayam.

"Alhamdulillah, berkat kerja keras tuan-tuan dan puan-puan semua, hari ini kita tidak lagi mendengar keluhan rakyat tentang ketiadaan bekalan ayam dan telur ayam di pasaran," katanya.

Pada tahun lalu, kerajaan memperuntukkan RM927 juta bagi subsidi telur ayam.

Sementara itu, Mohamad berkata, satu jawatankuasa khas diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Isham Ishak ditubuhkan bagi memberi tumpuan ke arah meningkatkan kadar sara diri (SSR) daging yang masih di tahap bawah 20 peratus.

"Saya berharap dalam suku tahun pertama 2025, Kementerian akan menyediakan pelan strategik yang mampu meningkatkan SSR daging negara ini," ujar beliau.