'Jangan buat spekulasi, kunjungan dua kapal dari China dibuat secara rasmi'

Iklan
Kunjungan pelatih-pelatih dari Naval University of China ke Sekolah Menengah Chung Ling (Persendirian) adalah atas hubungan pelajar dengan pelajar.

GEORGE TOWN - Orang ramai diminta supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi berhubung kunjungan dua kapal latihan dari China bersama pelajar dari Naval University of China ke Pelabuhan Pulau Pinang Sabtu lalu.

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai berkata, kunjungan silaturahim itu dibuat mengikut saluran rasmi dan Pegawai Residen Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pulau Pinang turut hadir dalam kunjungan tersebut.

Wong Hon Wai

Iklan
Iklan

Menurutnya, selain itu, beberapa pemimpin kerajaan negeri dan orang kenamaan turut diundang sebagai tetamu dalam kunjungan tersebut.

"Dua kapal pelatih tersebut berlabuh selama tiga hari di sini dan sudah beredar menuju ke Chittagong, Bangladesh.

Iklan

"Kunjungan pelatih-pelatih dari Naval University of China ke Sekolah Menengah Chung Ling (Persendirian) adalah atas hubungan pelajar dengan pelajar selain penganjuran aktiviti sukan dan kebudayaan. Kunjungan tersebut diuruskan oleh Pejabat Konsulat General China di Pulau Pinang.

"Oleh demikian, saya mohon orang ramai tidak membuat sebarang andaian tidak betul yang boleh mengganggu-gugat masyarakat," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Iklan

Tambah beliau, kunjungan kapal latihan dari China itu bukan kapal asing yang pertama singgah di pelabuhan Malaysia.

"Sebelum ini, kapal-kapal tentera laut negara asing lain juga pernah berlabuh di pelabuhan di Malaysia dan kunjungan mereka juga dibuat melalui saluran rasmi serta mengikut protokol.

"Dalam hal ini, ia melibatkan pelatih dari universiti dan mereka dalam perjalanan dari China menuju ke Bangladesh. Dua buah kapal iti berhenti seketika di sini sebelum memulakan latihan laut di Lautan Hindi," katanya.

Hon Wai (tiga dari kiri) turut bersama-sama hadir dalam majlis menyambut kedatangan pelatih dari Naval University of China sempena kunjungan silaturahim pada Sabtu lalu.

Beliau berkata, perlu diingat, hubungan Malaysia dan China amat baik apabila pemimpin negara masing-masing telah melawat antara satu sama lain.

"Oleh itu, lawatan silaturahim kapal pelatih bersama pelajar-pelajar Naval University of China hendaklah dilihat dari sudut yang positif.

"Jangan ada yang cuba membuat spekulasi kerana apa yang cuba dikatakan di media sosial adalah tidak benar sama sekali," katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan kedatangan 1,000 pelatih tentera laut China ke negeri ini untuk kunjungan silaturahim.

Pasukan tugas ke-83 Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) itu menaiki dua buah kapal iaitu Kapal Latihan Qi Jiguang dan Kapal JinggangShan dari Zhanjiang, China.

Kedatangan mereka disambut oleh beberapa pergawai TLDM Pulau Pinang dan beberapa orang kenamaan termasuk pemimpin negeri.

Pelatih-pelatih itu dibawa melawat beberapa tempat menarik di negeri ini selain berkesempatan berinteraksi dengan penduduk tempatan ketika sesi lawatan tersebut.