Anak perempuan Lee Kuan Yew meninggal dunia

Iklan
Anak perempuan Perdana Menteri pertama Singapura Lee Kuan Yew, Dr Lee Wei Ling meninggal dunia Rabu pada usia 69 tahun.

KUALA LUMPUR - Anak perempuan Perdana Menteri pertama Singapura Lee Kuan Yew, Dr Lee Wei Ling meninggal dunia Rabu pada usia 69 tahun.

Iklan
Iklan

Wei Ling juga merupakan adik kepada Menteri Kanan Lee Hsien Loong.

Pemergiannya diumumkan oleh adik lelakinya, Lee Hsien Yang menerusi hantaran di Facebook.

Iklan

Beliau berkata, Wei Ling meninggal dunia di rumah, namun punca kematiannya tidak dinyatakan.

"Tiada bunga, sila salurkan sumbangan kepada badan amal berikut yang akan bermakna buat Wei Ling: Canossa Mission Singapore, Parkinson Society Singapore, Total Well-Being SG Limited," tulisnya.

Iklan

Wei Ling pada 2020 mendedahkan bahawa beliau telah disahkan menghidap penyakit"progressive supranuclear palsy".

Seorang pakar neurologi semasa hayatnya, Wei Ling menyifatkan penyakitnya di Facebook sebagai"penyakit otak yang agak teruk bermula dengan penyakit seperti Parkinson" dan diikuti dengan"kesukaran menelan, radang paru-paru dan kematian," - Bernama