Lebih 30 akaun palsu guna identiti Ahmad Amzad

Iklan
Antara hantaran daripada akaun palsu di laman sosial Facebook yang menggunakan identiti Ahmad Amzad.

KUALA TERENGGANU - Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim mendakwa telah mengenal pasti lebih 30 akaun palsu di media sosial yang menggunakan gambarnya.

Menurutnya, kewujudan akaun palsu tersebut disedari sejak empat tahun lalu dan pihaknya telah membuat laporan polis serta mengemukakan laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, beliau berkata, perkara tersebut belum diselesaikan sepenuhnya malah penyalahgunaan gambarnya itu semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

"Saya ingin memaklumkan mengenai penipuan kepada orang ramai yang semakin menjadi-jadi di media sosial di mana imej dan nama saya telah disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk melakukan penipuan, termasuk 'love scam'.

Iklan

"Meskipun pelbagai laporan telah saya buat kepada pihak polis dan SKMM sejak hampir empat tahun lalu, namun isu ini masih belum diselesaikan sepenuhnya.

"Akaun palsu terus muncul sebaik sahaja akaun terdahulu dipadam, seolah-olah tumbuh seperti cendawan selepas hujan," katanya kepada Sinar Harian di sini, pada Rabu.

Iklan

Ahmad Amzad berkata, selain kesal dengan kemunculan akaun palsu yang menggunakan foto dan identitinya itu, beliau turut khuatir kerana ia bukan sahaja memperdaya mangsa namun turut mencemarkan nama baiknya.

Katanya, beliau berharap mana-mana pihak yang pernah terlibat dengan akaun palsu itu segera melaporkan kepada pihak berkuasa.

"Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak bertanggungjawab atas sebarang bentuk penipuan yang menggunakan gambar atau nama saya.

"Saya harap semua pihak berhati-hati dan tidak terpedaya dengan akaun-akaun palsu ini. Jika anda terjumpa atau menjadi mangsa penipuan seperti ini, sila buat laporan kepada pihak polis dan SKMM dengan segera," katanya.