Mayat lelaki ditemui terapung di Tasik Kota Kemuning

Iklan
Mangsa yang berpakaian lengkap dijumpai dalam keadaan terlentang

SHAH ALAM - Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di Tasik Kota Kemuning, Seksyen 31, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, maklumat berhubung penemuan mayat dipercayai warga asing itu diterima pihaknya daripada orang awam pada jam 7.39 pagi.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati mayat ditemui tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

Mohd Iqbal

"Mangsa yang berpakaian lengkap dijumpai dalam keadaan terlentang," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas badan mangsa mendapati tiada kesan pergelutan atau lain-lain kecederaan.

Katanya, mayat telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di Tasik Kota Kemuning, Seksyen 31, di sini pada Rabu.

Iklan

"Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) dan orang awam yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Mohd Shahrul Bakhri di talian 012-3630512," katanya.