Tunggakan sewa dua PPR di Seremban lebih RM3.3 juta

Iklan
MBS telah mengeluarkan notis penamatan perjanjian sewaan dan mengosongkan premis berkuat kuasa 1 November ini kepada penyewa terlibat. - Gambar hiasan

SEREMBAN - Terdapat lebih daripada RM3.3 juta tunggakan sewa rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bandar ini yang masih belum diselesaikan sehingga kini.

Ia membabitkan Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi dan Rumah Pangsa Kos Rendah Lobak.

Iklan
Iklan

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Masri Razali berkata, pihaknya telah mengeluarkan notis penamatan perjanjian sewaan dan mengosongkan premis berkuat kuasa 1 November ini kepada penyewa terlibat.

Menurutnya, walaupun pelbagai usaha telah dibuat dan surat amaran dikeluarkan, masih terdapat sebahagian penyewa yang seolah-olah tidak menghiraukan dan mengambil berat perkara tersebut.

Iklan

"Untuk makluman, tempoh perjanjian sewaan sebelum ini telah berakhir pada 31 Disember lalu dan peringatan mengenai perkara ini telah dibuat melalui surat.

"Penyewa turut telah dimaklumkan bahawa premis sewaan berkenaan akan ditarik balik dan dikunci berkuatkuasa 1 Januari sekiranya mereka gagal menjelaskan bayaran tunggakan sewa tersebut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Bagaimanapun katanya, MBS telah mengambil pendekatan dengan mengadakan pertemuan dengan penyewa yang terlibat bagi melihat keadaan penyewa dan kemampuan untuk membayar tunggakan sewa berkenaan.

Ujarnya, penyewa diminta untuk mencadangkan satu jumlah bayaran ansuran bulanan yang mampu dibayar secara konsisten dalam tempoh enam bulan dan menandatangani persetujuan sebagai aku janji.

"Penyewa juga telah bersetuju bahawa tindakan penamatan perjanjian dan mengunci rumah akan dilaksanakan sekiranya mereka tidak mematuhi aku janji yang telah dibuat dan dalam tempoh tersebut.

"MBS telah memberi peringatan melalui surat bertarikh 26 Mac dan 21 Jun lalu dan melalui panggilan telefon kepada penyewa berkenaan," katanya.

Namun katanya, berdasarkan pemantauan yang dilakukan, pihaknya mendapati, masih terdapat penyewa yang gagal untuk mematuhi perjanjian yang telah dipersetujui.

Sehubungan itu jelasnya, tindakan dikenakan diharap dapat memberi tauladan kepada penyewa-penyewa lain supaya menjelaskan bayaran tunggakan sewa kerana kadar sewa yang ditetapkan adalah terlalu rendah iaitu RM150 sebulan.