Infrasel, JKR baik pulih 25,125 jalan rosak di Selangor

Iklan
Info grafik rekod aduan dan kerja-kerja menampal jalan dari tahun 2021 hingga September tahun ini.

SHAH ALAM -Syarikat penyelenggara jalan negeri, Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor menampal sebanyak 25,125 jalan berlubang di seluruh Selangor.

Data itu dikongsi Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KKSB) melalui anak syarikatnya Infrasel di Facebook pada Rabu.

Iklan
Iklan

Menurut KKSB, data bagi kerja-kerja menampal jalan berlubang itu dilaksanakan dari Januari hingga 30 September lalu.

"Dalam tempoh sama juga, sebanyak 259 aduan mengenai jalan berlubang diterima," kata kenyataan itu.

Iklan

Menurut kenyataan, Infrasel bersama JKR Selangor akan terus berusaha memastikan kualiti infrastruktur jalan raya berada pada tahap terbaik demi keselamatan dan keselesaan pengguna.

Sementara itu, menerusi info grafik dikongsi itu, sebanyak 117, 443 jalan berlubang telah ditampal dan sebanyak 714 aduan kerosakan jalan diterima dari tahun 2021.

Iklan

Pada tahun 2021 pula, sebanyak 16, 288 jalan dibaik pulih membabitkan sebanyak 105 aduan daripada pengguna.

Sebanyak 22,894 dan 53,136 jalan rosak ditampal dengan 194 dan 156 aduan masing-masing pada tahun 2022 dan tahun lalu.