Seleweng diesel berkurang selepas penyasaran subsidi

Iklan
Aris

KOTA BHARU - Penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan pada Jun lalu terbukti berjaya mengurangkan aktiviti penyelewengan bahan bakar itu.

Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa (Pencegahan) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Aris Mamat berkata, pemantauan turut mendapati jualan hasil penyelewengan juga berkurang separuh daripada sebelum pelaksanaan penyasaran.

Iklan
Iklan

"Pemantauan di beberapa stesen minyak di seluruh negara termasuk Kelantan mendapati berlaku penurunan penyelewengan diesel," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Kerjasama Strategik Bil 1/2024, Pasukan Polis Marin Bersama KPDN di sini pada Rabu.

Iklan

Bagaimanapun beliau memberitahu, penyeludup kini beralih kepada petrol, namun KPDN melaksanakan pemeriksaan dari masa ke masa.

Kementerian Kewangan pada Jun melaksanakan penyasaran subsidi diesel iaitu penetapan harga runcit diesel mengikut harga pasaran.

Iklan

Dalam perkembangan lain, Aris memberitahu, cadangan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak masih dalam perbincangan dengan syarikat dan pemilik stesen minyak.

Jelas beliau, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan dalam konteks perundangan.

"Kita masih belum dapat memastikan pemasangan CCTV itu tetapi yang pasti usaha tersebut dapat membantu mengekang penyelewengan petrol dan diesel," katanya.