Pekerja cium doh roti dipecat serta-merta

Iklan
Gambar pekerja Auntie Anne's Mid Valley Megamall mencium doh roti tular di media sosial.

SHAH ALAM - Auntie Anne's cawangan Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur ditutup sementara untuk proses nyah kuman dan pembersihan menyeluruh selepas video dan gambar tular menunjukkan seorang pekerjanya mencium serta bermain dengan doh roti.

Auntie Anne's Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pekerja terbabit turut dipecat serta-merta susulan insiden itu.

Iklan
Iklan

Dalam kenyataan itu, Auntie Anne's Malaysia turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menunjukkan keprihatinan dan berkongsi insiden berkenaan.

"Dia (pekerja) diberhentikan serta-merta berikutan insiden ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Sebelum ini ramai netizen yang berkongsi video dan foto pekerja berkenaan menyifatkan perbuatan tersebut sebagai menjijikkan.

Auntie Anne's Malaysia memberitahu, Auntie Anne'sMid Valley Megamall akan dibuka semula setelah proses pembasmian kuman selesai dan semua protokol keselamatan yang diperlukan disahkan.

Iklan

Tegas mereka, Auntie Anne’s Malaysia komited untuk mengikuti piawaian kebersihan dan keselamatan yang tinggi untuk pelanggan dan kakitangan.

"Kami tidak membenarkan atau bertolak ansur dengan sebarang tindakan yang menjejaskan piawaian ini.

"Kami menghargai pemahaman dan kesabaran pelanggan kami pada masa ini. Yakinlah, keselamatan dan kesejahteraan anda sentiasa menjadi keutamaan kami,” ujarnya.