Perbuatan vandalisme

Iklan
Perbuatan tidak bertanggungjawab menconteng penutup dinding sebuah bangunan di Lorong Hang Jebat mencacatkan pemandangan, seperti yang dirakam dalam tinjauan foto Bernama di sekitar Banda Hilir, hari ini.

Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


Aktiviti ini mencemarkan imej negeri, terutamanya kerana kawasan tersebut menjadi tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa.

Pihak penguatkuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) perlu mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang yang sedia ada bagi membendung perbuatan vandalisme ini.



Pendidikan awal mengenai penjagaan harta awam dan penanaman sikap memelihara keindahan alam sekitar juga perlu dipupuk sejak di peringkat sekolah.