Idah tempoh nilai semula, renung diri

Iklan
PASANGAN yang baru bercerai sepatutnya menilai semula dengan tenang apa yang berlaku selain merenung kembali diri sendiri. Foto CANVA

SETELAH ikatan perkahwinan disahkan terputus akibat diceraikan suami, maka bermulalah tempoh idah bagi wanita tersebut.

Tempoh idah bagi wanita yang bercerai dan masih mempunyai haid adalah selama tiga kali suci.

Iklan
Iklan

Dalam tempoh tiga kali suci tersebut, suami boleh merujuk semula bekas isterinya itu tanpa perlu akad nikah yang baharu.

Minggu ini kita dikejutkan dengan dua kisah perceraian selebriti terkenal. Ada yang disahkan bercerai di mahkamah manakala seorang lagi sudah habis tempoh idahnya.

Iklan

Merujuk kepada pasangan selebriti yang baru bercerai itu, gempar seketika apabila salah satu pihak mendakwa dirinya diabaikan selain dakwaan yang boleh mengaibkan pasangan.

USTAZAH ASMA'

Iklan

Pendakwah Ustazah Asma’ Harun menjelaskan, sepatutnya tempoh idah menjadi satu ruang untuk masing-masing menilai semula dengan tenang apa yang berlaku.

"Keluarga dan kawan sekelling pula perlu memberikan nasihat yang baik.

"Jika tidak ada, rujuk dan jumpalah pihak ketiga yang tiada kepentingan untuk mendapatkan nasihat,” nasihat pendakwah itu dalam Facebooknya pada Selasa.

RUJUKLAH ahli keluarga, kawan atau pihak ketiga yang tiada kepentingan untuk mendapatkan nasihat jika berlaku konflik dalam rumah tangga. Foto CANVA

Nasihat tersebut diucapkannya dengan merujuk kepada ayat ke-35 surah an-Nisa’:

"Dan jika kamu bimbang terjadi salah faham antara kedua-duanya, maka kirimlah seorang orang tengah daripada keluarga lelaki dan seorang orang tengah daripada keluarga perempuan.

"Jika kedua-duanya (orang tengah) bermaksud untuk mendamaikan, nescaya ALLAH memberi taufik kepada suami isteri itu. Sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI lagi MAHA TELITI.”

Ustazah Asma’ turut menukilkan hadis mengenai amalan mendamaikan pergaduhan, Rasulullah SAW bersabda:

"Mahukah kamu sekiranya aku memberitahu sesuatu yang lebih baik daripada darjat solat, berpuasa dan bersedekah?

Para sahabat menjawab:"Ya wahai Rasulullah.”

Nabi menjawab:"Mendamaikan perkelahian kerana sesungguhnya keburukan perkelahian ini boleh mencukur. ALLAH tidak maksudkan mencukur rambut, tetapi ia mencukur (menghapus) agama,” (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Buat orang ramai yang mengikuti kisah mereka pula, pendakwah itu menasihatkan agar menahan diri daripada mengulas kisah perceraian tersebut.

"Jika ulasan tu ada kebaikan silakan, jika tidak maka diamkan. Kalau tak tahan juga bebellah seorang diri,” ujarnya.

TAHANLAH diri daripada membuat ulasan yang tidak mendatangkan faedah. Foto CANVA

Beliau merujuk kepada satu hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang beriman dengan ALLAH dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik atau diam.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)