[VIDEO] Tamat subsidi telur: Sabah minta laksana subsidi bersasar

Iklan

PENAMPANG - Subsidi bersasar harus dilaksanakan di Sabah dan Sarawak jika kerajaan berhasrat menamatkan subsidi telur ayam gred A, B dan C.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, negeri ini masih memerlukan subsidi berikutan keupayaan rakyat yang masih berada dalam paras kemiskinan.

Iklan
Iklan

"Memang itu permintaan kita (subsidi bersasar) sebab Sabah dan Sarawak ini masih memerlukan subsidi dan kita keterbelakang.

"Tidak adil kalau subsidi kita yang baru saja (terima), sedangkan kita penyumbang terbanyak tetapi (subsidi) ditarik," katanya ketika ditemui selepas merasmikan pejabat Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Bahagian Moyog, di sini pada Rabu.

Iklan
Jeffrey (kiri), Subsidi bersasar harus dilaksanakan di Sabah dan Sarawak jika kerajaan berhasrat menamatkan subsidi telur ayam. Gambar hiasan

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, kerajaan seharusnya memberi peluang kepada negeri ini untuk meningkatkan pengeluaran hasil bahan makanan tersebut sebelum pelaksanaan subsidi itu.

"Terutama sekali bila mereka mempunyai tanah, jadi kita bantu dari segi peluang, dari segi bibit, dari segi pemasaran dan sebagainya," katanya.

Iklan

Sehubungan itu, Jeffrey berkata, sebab itu dicadangkan untuk menubuhkan satu rangkaian pihak berkuasa pemasaran pertanian Sabah untuk membantu rakyat negeri ini.

"Kita sudah pun memulakan mewujudkan pusat-pusat pengumpulan hasil. Sekarang sudah tujuh dan kita akan tambah lagi.

"Kita harap satu hari nanti semua daerah akan ada pusat-pusat pengumpulan hasil pertanian," katanya.

Sebelum itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu dilaporkan berkata, menerusi penamatan subsidi itu jika bekalan sudah stabil akan membawa kepada penjimatan sebanyak RM100 juta yang bakal dimanfaatkan untuk membangunkan sektor agromakanan lain, yang lebih mendesak.