PRN17: KDM sasar tanding 35 kerusi, mahu jadi 'king maker'

Iklan
Peter (dua dari kiri) pada sidang akhbar di Pejabat KDM di Penampang pada Rabu.

PENAMPANG - Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) akan bertanding di 35 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.

Presidennya, Datuk Peter Anthony berkata, pimpinan parti kekal dengan keputusan untuk bergerak secara solo dalam menghadapi PRN17 itu nanti.

Iklan
Iklan

"Saya rasa kita akan lebih 30 mungkin 35 (kerusi), separuh. Kesemua di kawasan masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut (KDM) kita akan tanding.

"Biarlah kita parti kerdil untuk berdiri solo, bukan macam mereka punya parti, mereka ada Pas, ada Perikatan Nasional (PN). Kita solo, mana ada orang mahu parti macam kami ini, parti nyamuk ini," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat KDM di sini pada Rabu.

Iklan

Peter juga turut berpendirian akan menentukan kerjasama dengan parti lain selepas pilihan raya nanti dan menjelaskan hubungannya dengan Barisan Nasional (BN) Sabah hanya mengikut saranan kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

"Di peringkat pimpinan tertinggi semua maklum bahawa atas titah Yang di-Pertuan Agong kita telah diminta untuk meredakan kedudukan suasana politik negara.

Iklan

"Jadi saya ingat tidak ada masalah, cuma di Sabah ini kita putuskan masing-masing kemudian," katanya.

Ditanya jika beliau ingin menjadi penentu sebagai rakan gabungan dalam pilihan raya akan datang, beliau tidak menolak bahawa setiap parti sudah tentu mempunyai agendanya sendiri.

"Sudah tentu, semua orang mempunyai agenda dalam parti. Kalau tidak buat apa kita berhempas pulas. Jadi selain daripada menjadi 'king maker', itu kita akan putuskan nanti.

"Tapi apa yang penting di peringkat akar umbi bekerja keras sehingga ke semua bahagian, mudah-mudahan parti kecil ini akan menjadi satu parti yang geruni selepas PRN17 nanti," katanya