UMNO dijangka muktamad kerjasama dengan Bersatu esok

Iklan
Difahamkan dua mesyuarat akan berlangsung esok bagi membincangkan perkara tersebut.

SHAH ALAM - UMNO dijangka membuat keputusan untuk memuktamadkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) esok berhubung cadangan pembentukan kerajaan campuran.

Menurut laporan Malaysiakini, difahamkan dua mesyuarat akan berlangsung bagi membincangkan perkara itu.

Iklan
Iklan

"Jika tiada bantahan daripada Majlis Tertinggi (MT), kerjasama itu nampaknya akan menjadi kenyataan.

"Esok sebelah pagi akan berlangsung mesyuarat jawatankuasa politik, manakala sebelah petang MT UMNO dijangka membuat keputusan mengenai perkara itu," kata sumber dalaman UMNO seperti dilaporkan Malaysiakini.

Iklan

Spekulasi mengenai kerajaan campuran melibatkan Bersatu, UMNO dan Pas bermula sejak 3 Februari lalu berikutan pendedahan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mengenai perkara berkenaan.

Lokman tampil membidas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang didakwanya mahu bekerjasama dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Zahid perlu letak jawatan, kata Lokman Adam

'Perbuatan Lokman Adam dedah rahsia parti salah, tak bertanggungjawab'