JKDM buru 336 syarikat, ahli lembaga culas cukai

Iklan
Anis Rizana menyempurnakan Flag Off 15 kenderaan di Putrajaya, pada Rabu, sebagai simbolik permulaan Operasi Bersepadu Akaun Belum Terima (ABT).

SHAH ALAM - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melaksanakan operasi khas bagi mengesan 336 syarikat dan ahli lembaga pengarah dalam memastikan notis tuntutan cukai dapat diselesaikan dengan berkesan.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin berkata, Operasi Bersepadu Akaun Belum Terima (ABT) Zon Tengah Siri 4/2024 dilaksanakan selama lima hari sehingga 11 Oktober ini.

Iklan
Iklan

"Ia sebagai usaha memastikan Notis Tuntutan (Bill of Demand) cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) 2.0 serta cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang telah dikeluarkan dapat diselesaikan secara berkesan.

"Seterusnya mengembalikan hasil kerajaan yang telah tertunggak bersesuaian dengan Rukun Satu Rangka Kerja Malaysia Madani iaitu Kemampanan dan slogan Cekap, Tangkas dan Integriti," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Iklan

Tambahnya, operasi khas ini melibatkan kekuatan seramai 60 pegawai Bahagian Penguatkuasaan Kastam Zon Tengah.

Kata beliau, sebelum ini JKDM telah mengutip dan menyelesaikan tunggakan ABT sebanyak RM78.122 juta melalui Operasi Bersepadu ABT Zon Tengah Siri 1 sehingga Siri 3.

Iklan

Sebelum itu, Anis Rizana telah menyempurnakan upacara Flag Off kenderaan pasukan ABT yang berlangsung di Hotel Dorsett, Putrajaya.

Dalam majlis itu, sebanyak 15 kenderaan telah dilepaskan sebagai simbolik permulaan operasi terbabit.

Turut hadir Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail serta Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Raizam Setapa.