SPRM tahan 3 lelaki minta rasuah RM15,000

Iklan
Kesemua mereka ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Perlis sekitar jam 8 hingga 10 malam, semalam. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis menahan tiga individu termasuk seorang pemilik syarikat penghantaran kerana disyaki meminta rasuah sebagai dorongan bagi mengurangkan cukai import barangan kosmetik.

Sumber SPRM memaklumkan ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan 30-an dan 50-an itu direman empat hari hingga 12 Oktober ini selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kangar, pagi tadi.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, kesemua mereka ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Perlis sekitar jam 8 hingga 10 malam, semalam.

Mereka dipercayai meminta rasuah kira-kira RM15,000 daripada seorang pemilik syarikat kecantikan sebagai dorongan bagi mengurangkan cukai import barangan kosmetik.

Iklan

"Siasatan awal mendapati suspek utama yang bertugas sebagai Eksekutif Operasi di sebuah syarikat penghantaran dipercayai meminta rasuah kira-kira RM15,000 daripada seorang pemilik syarikat kecantikan dengan alasan untuk diberikan kepada pegawai agensi penguat kuasa bagi mengurangkan kadar cukai import barangan kosmetik yang dibawa masuk melalui Pelabuhan Pulau Pinang,” katanya.

Sumber berkata, suspek kedua dan ketiga, masing-masing pemilik dan pekerja syarikat penghantaran itu turut ditahan kerana disyaki bersubahat dalam kes berkenaan.

Iklan

Pengarah SPRM Perlis Mohd Nor Adha Ab Gani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan kes disiasat di bawah seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. - Bernama