137 Orang Asli Bateq Mayah dibenar cabar penukaran agama

Iklan
Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, membenarkan rayuan 137 Orang Asli Bateq Mayah daripada suku kaum Bateq Tanum di Kuala Lipis, Pahang, untuk mencabar tindakan penukaran agama mereka kepada Islam, lebih 30 tahun lalu.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, membenarkan rayuan 137 Orang Asli Bateq Mayah daripada suku kaum Bateq Tanum di Kuala Lipis, Pahang, untuk mencabar tindakan penukaran agama mereka kepada Islam, lebih 30 tahun lalu.

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk S Nantha Balan memutuskan demikian selepas mengarahkan saman mereka dimeritkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan.

Iklan
Iklan

Semasa prosiding, Nantha berkata, Orang Asli selaku perayu berbicara mengenai hak asasi dan hak ke atas tanah nenek moyang yang tidak dilindungi.

"Tuduhan itu mungkin palsu, tiada siapa yang mengatakan bahawa perkara yang didakwa, telah dibuktikan.

Iklan

Panel hakim kemudiannya memerintahkan tindakan sivil itu diserahkan kepada Mahkamah Tinggi untuk didengar semula, termasuk membenarkan permohonan lanjutan masa Orang Asli untuk memfailkan afidavit bagi menentang permohonan pembatalan itu.

Prosiding pengurusan kes di Mahkamah Tinggi Kuantan, pada 12 November depan.

Iklan

Sebelum ini, kumpulan penduduk kampung itu mendakwa penukaran agama mereka dibuat secara salah, pada tahun 1993.

Plaintif pertama hingga ke-56 mendakwa, wakil Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) mengadakan pertemuan dengan mereka, seterusnya diminta memeluk Islam.

Bagaimanapun, penduduk kampung mendakwa mereka enggan berbuat demikian.

Plaintif ke-57 hingga ke-137 adalah keturunan 56 plaintif pertama.

Tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan persekutuan dan lima defendan lain untuk membatalkan tindakan sivil tanpa mendengar meritnya.

Lima lagi defendan ialah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), pengarah dan pegawainya, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang (MUIP).