Pemilik taska didakwa tiada lesen perniagaan

Iklan
Mahkamah Telok Datok.

BANTING - Seorang pemilik taska didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datok di sini pada Rabu atas satu pertuduhan menjalankan perniagaan tanpa lesen perniagaan daripada Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).

Wanita berusia 60-an selaku orang kena saman (OKS) didakwa mengikut kesalahan Undang-Undang Kecil (UUK) 3, UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian, Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) 2007.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, Majistret Maslinda Selamat membenarkan permohonan Pegawai Pendakwa MPKL, Hasrizal Abdul Rahim dan Ahmad Razali Abd Manaf untuk menarik balik kes selepas OKS membayar kompaun yang dikenakan terhadapnya.

Sementara itu, Yang Dipertua MPKL, Mohd Hasry Nor Mohd menasihati syarikat atau individu yang menjalankan perniagaan, supaya mendapatkan lesen sah, bagi mengelak tindakan undang-undang di ambil.

Iklan

"Saya juga mengingatkan masyarakat supaya mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh MPKL," katanya.

Iklan