Hamas, Fatah bertemu di Mesir bincang serangan Israel ke atas Gaza

Iklan
Serangan Israel itu telah menyebabkan hampir keseluruhan penduduk Semenanjung Gaza dipindahkan di tengah-tengah sekatan yang berterusan yang menyebabkan kekurangan makanan, air bersih, dan ubat-ubatan. Foto AFP

BANDARAYA GAZA - Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas dan Fatah mengadakan perbincangan di ibu negara Mesir, Kaherah, pada Rabu untuk membincangkan serangan genosid Israel ke atas Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.

Penasihat media Hamas Tahir al-Nunu berkata, delegasi Hamas diketuai oleh ahli biro politik, Khalil al-Hayya, manakala pasukan Fatah diketuai oleh timbalan pemimpinnya, Mahmoud al-Aloul.

Iklan
Iklan

"Pertemuan ini bertujuan membincangkan pencerobohan (Israel) di Gaza, perkembangan politik dan di lapangan, serta untuk menyatukan barisan negara,” katanya.

Saluran berita Al-Qahera yang merupakan ahli gabungan Kerajaan Mesir, memetik sumber yang tidak dinamakan, sebelum ini melaporkan bahawa perbincangan antara kedua-dua kumpulan Palestin itu turut membincangkan beberapa isu, termasuk isu lintasan sempadan Gaza.

Iklan

Pada Julai lepas, puak-puak Palestin bersetuju di China untuk mencapai"perpaduan nasional menyeluruh" dan membentuk kerajaan perpaduan nasional sementara bagi menguruskan hal ehwal Palestin di Tebing Barat dan Gaza.

Tebing Barat dan Gaza telah berpecah dari segi politik sejak Jun 2007 disebabkan perselisihan antara Fatah dan Hamas.

Iklan

Hamas menguasai Semenanjung Gaza pada 2007, setahun selepas memenangi pilihan raya 2006, manakala Fatah mentadbir Tebing Barat.

Israel meneruskan serangan kejamnya di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt tahun lepas walaupun terdapat resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menyeru gencatan senjata segera.

Lebih daripada 42,000 orang terbunuh sejak itu, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, manakala lebih 97,700 yang lain cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Serangan Israel itu telah menyebabkan hampir keseluruhan penduduk Semenanjung Gaza dipindahkan di tengah-tengah sekatan yang berterusan yang menyebabkan kekurangan makanan, air bersih, dan ubat-ubatan.

Israel kini berdepan dengan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung tindakannya di Gaza. - Bernama