Ronaldo tetap berbahaya

Iklan
Ronaldo menyertai sesi latihan skuad kebangsaan Portugal menjelang perlawanan menentang Poland di Warsaw awal pagi Ahad ini. Foto Agensi

PENYERANG Poland, Robert Lewandowski tetap menganggap Cristiano Ronaldo sebagai ancaman biar pun sudah berusia 39 tahun.

Bintang Al-Nassr itu dijangka mengetuai jentera serangan skuad A Selecao dalam perlawanan ketiga Liga Negara-Negara UEFA di Warsaw pada awal pagi Ahad ini.

Iklan
Iklan

Pada perlawanan pertama Kumpulan A1 bulan lalu, Ronaldo meledak gol ke-900 dalam karier gemilangnya ketika membantu Portugal menewaskan Croatia 2-1 di Lisbon.

Tiga hari kemudian, Ronaldo sekali lagi mencetak nama selaku penjaring ketika Portugal bangkit menewaskan Scotland 2-1 di laman sendiri.

Iklan

Malah, pemenang lima kali anugerah Ballon d'Or itu dalam motivasi tinggi apabila meledak satu gol dan menghasilkan satu bantuan jaringan semasa kemenangan 3-0 Al-Nassr ke atas Al-Oroboh pada saingan Liga Pro Saudi, hujung minggu lalu.

"Ronaldo masih pemain yang berbahaya biar pun sudah berusia hampir 40 tahun.

Iklan

"Kami tidak boleh membiarkan dia bergerak bebas, jika tidak padah menanti.

"Kelibatnya di atas padang bukan sekadar melengkapkan pasukan tetapi memburu gol demi gol.

"Jadi, kami harus berhati-hati dan tidak memandang rendah keupayaannya,” ujar Lewandowski.

Selepas tiga perlawanan, Portugal mengetuai Kumpulan A1 dengan enam mata, diikuti Croatia di tangga kedua (tiga mata) dan Poland di tempat ketiga (tiga mata).

Scotland berada di tangga tercorot selepas gagal meraih sebarang kemenangan setakat ini.