JAKARTA - Seorang wanita berusia 17 tahun dari Kabupaten Keerom, Papua ditemui meninggal dunia dengan kesan luka tembakan di bahagian kepala.
Ketua Polis Keerom AKBP, Christian Aer yang mengesahkan penemuan mayat itu menjelaskan bahawa, wanita itu ditembak oleh seorang lelaki yang dipercayai bertindak sedemikian kerana mangsa telah menolak cintanya.
Iklan
Iklan
"Kejadian itu berlaku di Kampung Bagia, daerah Arso pada 11 September lalu, ketika mangsa dipercayai keluar dari rumah untuk mencari kayu api.
"Mangsa kemudiannya ditemui sudah meninggal dunia tidak jauh dari rumahnya," katanya.
Susulan itu, tambah beliau, polis sudah menahan suspek yang dikenali sebagai AW.
"Penahanan suspek berdasarkan kenyataan saksi serta dikuatkan lagi dengan ujian poligraf yang dilakukan oleh pihak polis.
"Kita percaya motif pembunuhan adalah disebabkan rasa sakit hati suspek kerana cintanya ditolak selain rasa cemburu," tambahnya. - Agensi